Persatuan Pra Universiti


SMKA Wataniah

Slogan

PPU SMKA Wataniah Peneraju Legasi Gemilang

Visi SMKAW

Menjadi SMKA Yang Terbilang Serantau
 

Mengurus Kerja Rumah Dengan Berkesan

Saturday, November 26, 2011

MuHaMMaD | 10:47 PM |




Kerja rumah sudah sinonim dengan kehidupan pelajar-pelajar di Malaysia. Kerja rumah
memenuhi sebahagian besar kehidupan para pelajar di sekolah rendah, menengah dan menengah atas.
Walaupun terdapat banyak laporan dalam akhbar yang mendakwa bahawa pelajar dibebani terlalu banyak
kerja rumah, namun kerja rumah terus menjadi suatu amalan biasa kerana kerja rumah terbukti
menyumbang terhadap pencapaian akademik.Kerja rumah boleh dianggap sebagai persediaan pelajar-pelajar untuk menghadapi pelajaran yang sukar dilaksanakan di dalam kelas. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk
membuat latihan yang banyak dan dengan itu dapat mengukuhkan pelajaran yang dipelajari.Antara faktor yang menentukan tahap pencapaian pelajar ialah cara dan kaedah pembelajaran, iaitu
pengaplikasian kerja rumah di dalam proses pembelajaran mereka. Beberapa kajian yang berkaitan
dengan amalan kerja rumah sebagai satu proses pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan. Antaranya
kajian yang menunjukkan bahawa jumlah masa yang digunakan masih lagi di tahap yang rendah,jenis kerja rumah dan pengelolaan guru terhadap kerja rumah
dapat mempengaruhi pencapaian pelajar.






Kami selaku Pelajar PPU SMKA Wataniah dengan rasa rendah diri berasa terpanggil untuk memberikan sedikit jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah dalam pengurusan kerja rumah.Diharapkan ianya sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam menggapai kejayaan yang diidamkan.



Download Borang Senarai Kerja Rumah 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis