Kerja rumah sudah sinonim dengan kehidupan pelajar-pelajar di Malaysia. Kerja rumah
memenuhi sebahagian besar kehidupan para pelajar di sekolah rendah, menengah dan menengah atas.
Walaupun terdapat banyak laporan dalam akhbar yang mendakwa bahawa pelajar dibebani terlalu banyak
kerja rumah, namun kerja rumah terus menjadi suatu amalan biasa kerana kerja rumah terbukti
menyumbang terhadap pencapaian akademik.Kerja rumah boleh dianggap sebagai persediaan pelajar-pelajar untuk menghadapi pelajaran yang sukar dilaksanakan di dalam kelas. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk

